Sunday, August 16, 2009

Majlis Pertandingan Nasyid Sempena Maulidur-rasul


Hari tu angah cakap Ustaz Asri RAbbani meninggal(innalilahiwainnailaihirajiun..).
Yang membuatkan aku tergamam juga terkesima seketika itu adalah gara-gara 2tahun lepas. Yupp kawan2, dua tahun lepas, aku dan ustaz Asri telah berkerjasama dalam memeriahkan majlis pertandingan nasyid di kolej tempat aku belajar pada waktu itu. Aku sebagai pengarah program ketika itu, sangat berdukacita kerana program nasyid yang sepatutnya berlangsung pada ketika itu dibtalkan. Ini kerana aku terpaksa berhenti di kolej itu untuk menyambung pelajaran di universiti lain. Agak ralat jugak la aku rase sebenarnye..huhu

Mase tu aku ingat lagi. Ustaz Asri sedikit marah la dengan aku. Sebabnye majlis yang sepatutnya berlangsung tapi sering ditunda sebab tak cukup peserta itu terpaksa dibatalkan sebab ketiadaan aku. Ustaz Asri telah membatalkan segala macam program dia buat memeriahkan pertandingan nasyid aku itu. Sangat kesal sebenarnya kalau dikenang kembali.

But things happened dah pon. Buat ape nak dikenang2 dan menyesal.

Anyway, saya turut mendoakan supaya Ustaz Asri ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman disisi Allah.
Amiin Ya ROBB!!


No comments: