Sunday, August 23, 2009

Kisah muda-mudi


Hari ni tetibe teringat kat sorang member lama ni. Sebenarnya agak terkilan dan ralat juga lah sebab dahulunya kami bersahabat, tapi sekarang dah berubah. Ceritanya bermula di suatu pagi, selalunya yang datang menjemput aku tiap pagi adalah dia. Seperti biasa aku akan menunggu dia di hadapan pintu masuk ke kawasan apartment aku.

Waktu sedang menunggu, datang seorang lagi teman sekelas aku menyapa aku yang juga dikenali sebagai V. V mengajak aku ke kelas bersama kerana waktu masih awal. Pada mulanya aku menolak kerana aku sedang menunggu dia menjemput aku seperti hari-hari biasa. V mula mendesak, aku mencapai telefon bimbit aku itu lalu menghantar khidmat pesanan ringkas kepada dia untuk memaklumkan hal tersebut. Setelah itu aku bersetuju untuk mengikut V ke kelas. Kami menahan teksi dan tiba di kawasan kolej sekitar 10 minit kemudian. Jam masih awal. Aku menemani V menyelesaikan segala urusannya terlebih dahulu sebelum ke kelas.


Kemudian kami ke kelas dan aku dapati dia datang agak lambat. Tiba-tiba tempat yang memang aku reserve buat dia diambil oleh seorang teman yang juga merupakan jiran di apartment rumahku. Aku memandang V dengan tanda tanya. Apabila dia tiba di kelas, aku menarik kerusi yang dibelakang aku buat dia. Namun, dia lebih memilih untuk duduk di sebelah jiran tetangga aku tadi. Perasaan aku sudah mulai tidak enak. Selepas habis waktu kelas, aku langsung megekori dia dari belakang yang hanya berjalan selamba meninggalkan aku di belakang. 'Sah, marah kat aku ni..Ya Allah, tolong laa jangan dia marah'. "Dah la D, ko pegi je la buat keje kau tu. Aku tau kau sibuk kan?" Aku hanya mendiamkan diri dan memang dia sedia maklum kalau di kolej aku tidak mempunyai waktu untuk bersahaja. Kebetulan juga, pagi itu aku harus menghadiri mesyuarat bagi Majlis Perwakilan Pelajar dan fasilitator. " Kau marahkan aku ke?Sorry laa..pasal tadi ke?",,," Dah la D, aku dah tak larat nak dengar dah ape orang cakap pasal kau kat aku. Aku tak nak caye sebab kau kawan aku. Dah la, kau jangan tanya aku, kang aku terus meletup, semua benda keluar" ,,, "tapi aku cakap ape? sape yang bagitau?",, " dahla, kau tak yah tau la sape.Cukup la yang aku dengar pasal kau, kau pergi la buat keje kau". Aku hanya mampu diam dan bingung.

Akan tetapi aku tidak mempedulikannya. Aku mengekori dia sehingga di dalam perpustakaan kolej. Sampai di perpustakaan kolej, aku memberitahu dia bahawa aku hanya boleh sampai di situ sahaja kerana aku harus menghadiri mesyuarat. Agak berat tetapi apakan daya.

Mulai saat itu dan ketika itu, dia mulai bersikap dingin dengan aku dan kami sudah jarang bercakap. Aku mulai runsing sambil memikirkan apa salah aku terhadap dia. Lama-kelamaan, kami sudah tidak berbual, bertegur, ataupun bercanda. Dialah satu-satunya teman aku di kolej yang akrab dengan aku. Kebetulan juga, G juga tidak mahu bertegur sapa dengan aku, malah menjauhkan diri dari aku. Maaf kalau aku serkap jarang dan tersalah. Kalau menurut aku, mungkin kejadian di antara aku dan dia ada kena mengena dengan G... Aku mulai pasrah. Hanya mampu diam.



Copied from my Friendster blog.....
"One fine day, suddenly ure mad at me.. I feel like suddenly I dunno u.. Why r u mad? Why the sudden temptations? I’m curious by that time, seems like u dont even need my explainations. All confession u kept it as silence as possible. Owh how much I misses u, only Allah knows. Eventhough I’ve tried to started the conversation, u still ignoring me. I was poundered. Gosh!! If only I know wut’s on ur mind by that time. Is it Just because of I went somewhere that morning w/out u?? cause u’r sour face stood up after the plot. I kept messanging u, but none of it u replied. I donno wut to do.. right now i juz misses u that much.

Dear, I cant explain how much i need u when everyone is avoiding me. He’s acting weird. and u were’nt there. All my dudes r busy wif their stuff, and all i have at the moment is u. But u started to acting weird which gave me no clue. I love u.. But I dunno how to spill it when I’m with u. But I only know how to show u. I care about u. I’ve tried to start the conversation wif u, but y r u avoiding me not to speak about it whereas that’s the reason y ur not talking and avoiding me.

I only can pray u well in everything ur doing rite now. But please dear tell me wut’s going on btw us..please…i’m begging u. I misses u so much!!! I miss our r/tionship like we used to be. Although we cant get back to the past, but at least we could be frens in present n future. I juz wanted to noe wuts going on actually.. n y all da silence.. coz i love n miss us.."

No comments: