Di suatu pagi yang dingin, di kala aku enak dibuai mimpi.....
Tiba-tiba aku terbangun. Namun kelopak mata ini masih berat untuk dibuka sepenuhnya. Kelihatan satu makhluk yang agak besar dan berat yang dipenuhi bulu-bulu lebat di samping aku.
Selang beberapa saat, makhluk tersebut terus menyerang aku dan tanpa sempat aku mengelak serangannya, makhluk tadi terus menerjah ke lengan, betis dan akhirnye hampir ke muka. Aku yang sedikit mamai dan dengan muka busuk berkata "Neno.....Jangan aa kacau. Nak tido aaa..."
Tanpa menghiraukan omongan aku, makhluk td meneruskan serangannya dengan menjilat2 lengan, tangan dan kaki aku. Apabila dia mahu menempek di bahagian muk, aku langsung terbangun. "Ala...Neno lapar ke??? Tapi bagi yogurt xnak makan..Neno nak makan ape??"
Aku pun bangun keluar dari kamar peraduanku terus memuka pintu putih yang mengandungi segala macam objek untuk didinginkan(peti ais la tu..amboii susah benau nak paham ni haaa).
Aku mengambil sesudu yogurt buat Neno. Akan tetapi, hampa yang datang. Neno tetap berkeras tidak mahu makan.
Aku segera membasuh tangan sambil mengganti air minuman Neno yang sudah agak lama terbiar. Kemudian, aku sepantas kilat menyambar Bitzza Tuna yang kami order semalam dari Hegazz... Aku meninggalkan secebis buat Neno. 'Memang berkesan kata-kata ayah mentua P.Ramlee dalam filem 3 Abdul.. Ambil bau saja pun dah kenyang...haih!!'
dah la Neno...nak sambung tido, jangan kacau.(berharap tidak diganggu......zzzzzzzzzzzzzz)
hehehe~~~
No comments:
Post a Comment