Monday, June 22, 2009

Sunday, June 21, 2009

50's FevEr

Teenager in LOVe

Mengapa dan kenapa rakanku begini....hahaha


DeNa : kata nk dtg
:(

didi : saba la
die tgh tdo

DeNa : ni roh die ke

didi : x
ni die mse kecik

DeNa : ooo.... cam cite back to the future tu ar??

didi : eh x2
nih btol2 kejdian
xde mcm2 dlm citer de

DeNa : ooooooooooooooooooooo
aneh

didi : tuhan berkuase keatas segalenye
kun fa ya kun

DeNa : jgn main2 tuhan taw ak


Adoiyay!!! knape laa aku ade kwn2 sebegini...huhu tapi comel la, terhibur hati kecil aku ni..
P/S: yang didi tu sebenar merupakan teman didi yang pada waku itu sedang menginap di bilik beraduan didi. Waktu kejadian ini berlaku, didi sedang enak dibuai mimpi...ngeh ngeh ngeh!!!


Saturday, June 20, 2009


HAPPY FATHER'S DAY PAPA!!

You r the best father ever...

I love U

I love Mama

I love Dini


I love Payeh

I love Tenet

I love Angah

'AND

for sure I love ME!!


Mengapa harus begini??


As for all, terima kasih bagi yang memberi sokongan walaupun tidak secara direct tapi reaksi anda berkata-kata memberi kesan indirect yang cukup bermakna. trimas skali lagi.

Ok, so what?? Aku dah berpunya, so?? Adakah itu meletakkan anda semua ke belakang?? Adakah aku mengetepikan korang sebagai seorang sahabat, member, kawan? Salahkah aku untuk suka dengan seseorang? Aku mohon maaf terlebih dahulu jika aku ada menyinggung sesiapa dan mengetepikan sesiapa.

Bila aku diam seribu bahasa, ada yang cakap aku saving balak. Bila aku bersuara, reaksi anda semua yang berubah. Mana perginya kata-kata "ala tak kisah pun, balak ko kan, janji ko suke..kitorg rileks je"... Mana hilangnya, 'kalau member dan betul-betul member, ikhlas nak kawan dengan kite, diorang mesti faham situasi serta kondisi kita.'

Mungkin masing-masing ada pendirian masing-masing. Mungkin pemikiran dan hati tidak sekata. Tapi aku tak sebut siapa, sendiri makan cili, sendiri la minum air.(ye dok??)
Aku juga tidak menyalahkan sesiapa, mungkin jiwa masih belum mampu berhenti atau take a break. Ada kemungkinan juga, peribahasa yang sering diwar-warkan di kalangan masyarakat dunia, 'Friend is forever' atau 'People will walk away, but friends stay' kurang sesuai untuk diaplikasikan ke dalam hidup segelintir insan. Mungkin patut di olah sedikit kepada 'Only TRUE friend is forever' dan 'People will walk away and stay, and TRUE friends stay'.

Kadang-kadang, benda remeh macam ni yang buat aku malas nak berfikir. Malas nak ambil port. Tapi tak kisah lah, orang nak fikir apa pun. Life must go on no matter what. Semoga anak-anak Adam a.s dan Hawa mendapat redha-Mu Yaa Robb~

HIDUP HARUS TABAH, DAN BERPIJAK DI ATAS KAKI SENDIRI. MENGHARAPKAN BENDA SEMENTARA UNTUK KEKAL BUKAN KUASA KITA.


kawaii~~~


Thursday, June 18, 2009

4 Perkara


4 perkara yang membuatkan badan sakit:
  1. banyak bicara akan membuat kemampuan otak menurun, cepat tumbuhkan uban.
  2. banyak tiduràwajah pucat, hati menjadi buta, mengeringkan mata, malas bekerja,cenderung berperilaku kasar,mendatangkan penyakit2 yang tiada ubat.
  3. banyak makan
  4. banyak membuat hubungan badan :badan lemah, kekuatan menurun, menurunkan kesegaran tubuh, membuat otot mengendur.

4 perkara merosakkan tubuh:

  1. cemas
  2. sedih berpanjangan
  3. lapar
  4. kurang tidur malam

4 perkara memberikan kesenangan dalam hati:

  1. melihat yang hijau2
  2. melihat air yang mengalir
  3. melihat kekasih
  4. melihat buah-buahan

4 perkara membuat pandangan gelap

  1. berjalan tanpa kasut
  2. pagi dan petang dengan wajah muram penuh dengan kemusuhan
  3. banyak menangis
  4. banyak menatap gais yang kecil2

4 perkara badan jadi kuat

  1. memakai pakaian yang lembut
  2. mandi dgn air panas
  3. memakan makanan yg manis dan berlemak
  4. mencium wangian

4 perkara menghilangkan kesegaran wajah

  1. berbohong
  2. tidak tahu malu
  3. terlalu banyak bertanya yang tanpa dasar
  4. melakukan maksiat

4 perkara menyegarkan wajah

  1. menjaga harga diri
  2. menepati janji
  3. dermawan
  4. taqwa

4 perkara mendatangkan rezeki

  1. bangun malam untuk solat
  2. banyak beristighfar menjelang fajar
  3. membiasakan memberi
  4. berzikir di ptg ari

4 perkara mencegah dtgnya rezeki:

  1. tidur di pagi hari
  2. jarang solat
  3. malas
  4. suka berkhianat

4 perkara membahayakan pemahaman otak:

  1. ketagihan makanan dan buah2 yg masam
  2. tidur terlentang
  3. resah
  4. gundah gulana

4 perkara yang menambah daya permahaman

  1. hati yg bersih
  2. tidak menyelangi makanan dengan minuman ke dalam tubuh dengan berlebihan
  3. mengatur menu makanan yang baik dan menambahkan makanan manis dan berlemak
  4. membuang semua endapan makanan yang memberatkan badan

Nie aku rembat from member aku punye member punye blog..
thanks anyway....


Wednesday, June 17, 2009

ARKIB : 17/06/2009 Utusan Malaysia

MASIH ramai yang ingat kisah mukjizat Nabi Musa a.s membelah Laut Merah dengan tongkatnya ketika dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Kini penyelidikan telah membongkar rahsia ajaib tersebut.

Seorang arkeologi Ron Wyatt, akhir tahun 1988, menyatakan dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah.

Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di laut itu sewaktu digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.

Selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama.

Penemuan ini tentunya semakin memperkuat dakwaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentera Firaun yang tenggelam di Laut Merah.

Di samping itu, hasil ujian di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan, mengesahkan adanya struktur dan kandungan beberapa tulang berusia sekitar 3,500 tahun silam, di mana sejarah, kejadian pengejaran dalam kurun waktu yang sama.

Adalah suatu hal yang menarik, yang juga berhasil ditemukan iaitu roda salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang. Sehingga waktu ini bentuk aslinya sangat sukar untuk dilihat secara jelas dan nyata.

Mungkin Allah SWT sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada para nabi-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan cerita dongeng.

Di antara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan empat jeriji yang terbuat dari emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta yang ditunggangi oleh Firaun.

Pada bahagian peta yang dilingkari (lingkaran merah), menurut para ahli, kira-kira di situlah lokasi di mana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba.

Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900m di sisi ke arah Arab.

Sementara itu, di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1,500 meter.

Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 darjah, dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah.

Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1,800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter.

Dapatkah kita membayangkan, berapa gaya (tenaga) yang diperlukan untuk membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1,800 meter untuk membolehkan ratusan ribu pengikut Nabi Musa melaluinya.

Tujuh kilometer

Menurut tulisan lain dikatakan jaraknya mencapai tujuh kilometer, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600,000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberangi sekitar empat jam.

Kajian sebuah perhitungan, dianggarkan diperlukan tekanan sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter.

Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin, menurut beberapa perhitungan, sekurangnya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan malar 30 meter/detik (180 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu empat jam.

Sungguh aneh dan ajaib ciptaan Allah SWT. Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Firman Allah bermaksud: Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami, Kami menyeksa mereka, iaitu Kami menenggelamkan mereka semuanya di laut hingga binasa. Maka Kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian. (az-Zukhruf: 55-56).

Menurut pendapat lain, kata yang diterjemahkan sebagai Laut Merah (Red Sea) sebenarnya adalah Laut Alang-Alang (Sea of Reeds). Kata ini dikenal sebagai Laut Merah, namun Laut Alang-Alang sebenarnya digunakan untuk merujuk kepada pantai Laut Tengah di Mesir.

Dalam Perjanjian Lama, ketika menyebutkan jalur yang diambil oleh Nabi Musa dan para pengikutnya, ia terletak di utara Delta Nil di pantai Mesir.

Sebagai implikasinya Laut Alang-Alang mendukung kemungkinan bahawa kejadian tersebut terjadi di pantai Mesir, kerana di daerah ini sesuai dengan namanya, banyak tumbuh alang-alang berkat tanah lumpur delta.

Pendapat majoriti terkini mengenalpasti Laut Merah dalam Eksodus sebagai sebuah laguna di pantai Laut Tengah yang terletak di sebelah utara delta di sekitar Semenanjung Sinai.

Al-Quran menggambarkan saat-saat terakhir kehidupan Firaun sebagai berikut: Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas mereka, hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah ia: "Aku percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah). (Yunus: 90).

Namun apa yang diucapkan oleh Firaun telah terlambat, pintu taubat telah tertutup. Pengakuannya menjadi sia-sia sahaja, walaupun ia mengakui menyerah diri kepada Allah SWT.

Pengikut-pengikut Firaun, sebagaimana Firaun sendiri, juga menerima bahagian hukuman mereka. Ini kerana bala tentera Firaun adalah orang yang angkara murka dan penuh kebencian.

Seperti halnya Firaun, mereka pun wajar menerima hukuman dari Allah. Maka Allah pun melemparkan Firaun dan bala tenteranya ke dalam dasar laut.

Firman Allah bermaksud: Dengan sebab itu, Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut, maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim. (al-Qasas: 40)

Tuesday, June 16, 2009



Aishiteru!!!


Try to install DNA repair to Mismatch communication... Ngeee~

Hari ini adalah hari Selasa. Hari khamis saya exam. (hak2 mcam kanak2 sekolah tadika)

Mata ni asyik masuk habuk je. Hampeh tol.. Ini bukan perasaaan yang aneh yang tidak pernah aku rasakan. Ini dah jadi lumrah hidup aku. Perasaan yang tidak aneh ini seolah-olah memang tercipta untuk aku dan boleh diertikan sudah sebati dengan hidup dan jiwa aku. Perasaan inilah yang membuatkan aku pasrah menghadapi segala ketentuan-Nya. Kalau memang ini caranya, dan apa yang tidak sepatutnya terjadi tiba-tiba berlaku, aku mungkin tidak dapat memaafkan diri aku sendiri. walaubagaimana pun, aku juga tidak akan menghalang ia daripada berlaku. Walaupun hilang di tengah-tengah kesibukan dunia, seperti yang sering kita dengar terjadi kepada ramai orang, aku juga tidak akan cuba mencarinya semula. bagi aku, yang pergi itu biarkan berlalu walaupun keberadaannya sangat penting dalam hidup aku. (bak kate aniq, 'jangan melawan takdir') huhu.. dah penat aku berceloteh dan sekarang aku nak berehat menenangkan fikiran yang tak setenang mana ni..

adios amigos muchachos!!

Monday, June 15, 2009

Beautiful Tragedy


As I walk, I walked alone...

Leave nothing behind

Not even footsteps,

Not even traces for you to follow,,


Not even a text to bother you,,

Just close my eyes and pretend like nothing had happen

As long as it takes

Grab my sanity

Grab my loneliness and

spill it out when the wind blows to my face

As tears wiping the face

Only an inane thought resembles together

I'll be lost inside those tragedy until you pull me out

For the the tragedy to end beautifully

Requires hide and seek

Don't worry, you will find me

When you find me...

Kiriman 10


Setiap detik yang berputar laju

Setiap minit yang berlalu

Setiap jam yang menuju

Hanya parasmu...

Pagi yang indah terang

Mega merah yang mewarnai petang

Malam yang hitam penuh bercak bintang

Kuharap tetap bayangmu yang datang...
I'm sorry I put all the harsh word on you. I know you don't deserve it. I'm so so sorry.
I shouldn't brought up your past, but those thing are bugging sometimes (just whenever I lose control of myself). I know you are still not okay, although you denied the fact. I know I'm chattering a lot and I felt sorry for that to happened. And again,,, I'm SORRY... I know the word is not enough, but it is the least I can do for now. Well, I just keep myself shut for now until you sort out your feelings. I'll be quiet...shhhhhh~ (Let me know if I'm still yours okay!)

Sunday, June 14, 2009

Kiriman 9



Angin hembuskan hawa damai malam

Walau dingin namun begitu tenang kerana parasmu,,

Rindu yang selalu membayang

kadang menyiksa namun tetap indah dihati,,

Yang dalam sepi aku memuji,,

Kerana aku tak ingin kehilanganmu,,

Kerana aku begitu mencintaimu,,

Kerana separuh jiwaku ada padamu...


Kiriman 8



Ketika Sang Mentari kembali

Saat di mana semua sepi kan berakhir

Hilangkan semua hitam pekat


Sirnakan suram gelap


Selayak cahaya ini


Aku memohon kepada-Nya


Agar setiap harimu selalu secerah asamu...



Saturday, June 13, 2009

Kiriman 7



Malam ini sendiri

Dengan angin yang menari

Ikuti irama rindu hati dan senyummu

Seperti lagu syahdu

Lantunan para penghuni langit ketujuh

Yang membuatku terlena

Terlupa akan penat dunia...



Friday, June 12, 2009

Kiriman 6



Lelaplah dikau duhai kekasihku

Jadikan setiap rindumu sebagai nyanyian pengantar

tidurmu


Mimpi indahlah dikau bunga hatiku


Jadikan setiap cinta dihatimu


sebagai bunga dalam tidurmu


Aku pun kan selalu merindukanmu..





P/s: this one sangat boring, I can't even menghayati dan mendalami ape yang poet tu ingin sampaikan... sangat hambar.. Try again next time will ya..


Mengomel di pagi hari

Huaargh!!! (ngantok btol..)

Inilah kehidupan aku sebagai seorang pelajar perubatan yang berjaya iaitu ber'study di pagi hari. (hehe..poyos je) Macam sengal2 otot plak pagi ni, mate pon dah kuyu dan penat. Bilik lak cam semak dan bersepah*(memang nak kena kemas nih, but not today~)

Straight to the point, tetibe je rase nak tulis benda ni. Well it has been a while thou.

I HATE MR/MS KNEW IT ALL!!

CASE 1

It is a statement okay. An entailed one. Those sometimes really annoys me. Again an entailed one. Fine, u knew stuff, but that doen'st mean u are free to talk about it whenever and wherever. y don't u just get ur own magazine wif a headline "THIS IS MY MAGAZINE" and one of the content is, 'I wrote whatever I like'. Yeah, do that. Do that!! Let everyone know, I'm just saying this out of random actually. And even u knew pon, aren't u supposed to keep it as a secret?? Duh uh?? It's other people's life. That is y they said it is a SECRET.
( This only apply to secretive people like me ok..no heart feeling)

"sayang, this I'm telling u my secrets here, nanti bile I dah abis cite, u go n tell everyone k"
(p/s: baby this is not u ok..)

What is the meaning of SECRET if it are meant to be tell to the whole world??(again people depend on the person k..) I know I'm not perfect, sometimes I did those stuff too.(I'm learning now)



CASE 2

Tak yah aa nak datang cakap n bagi ceramah bajed cam ko tau je ape yang terjadi.. HELL O', apsal, ingat aku kuno sangat ke pasal agama? Weh, aku skolah pon blaja Agama la, xcam kat sekolah ustazah ade ajar plak. Ko nak poyo bajed pandai nak nasihat2 orang, ade aku tanye ke??ade aku mintak ke? tak de kan?? so senyap sude.. Lain la kalau aku mintak advice ko, or pandangan ko k.. tolong a weh, advicer aku dah ramai la kat sini, membe aku blambak la weh kalo aku nak tanye. n kalo aku nk pandangan ko aku tanye, so ko xyah nak sebok2 kalo aku xtanye. Bile aku sound direct, aku cakap aku malas dengar ko membebel, nak terase a plak kan..
Sendiri cari pasal. lagi satu masalah, ko xknal aku pon, xpnah knal aku pon. tapi bajed cam knal n tau aku kan. ape? Ingat aku nak terharu a dengan ucapan , syarahan, pidato ko tuh?? n tetibe aku pon terus meluahkan 'ohh aku cinta padamu' (dapat plak??) lawak gile kalo ko berangan camtu kan..

Brader, ko nak membe, buat care nak member. n kalau pun ko rase nak bagi random advice gak kat aku without I'm asking, ape kate ko bagi advice unik sket. advice2 yang aku xpernah dengar. Sebab kalo nak advice2 yang aku penah dengar, aku xyah tanye ko pon xpe. aku bleh pk sendiri, membe aku pon ade untuk aku bertanya.


Ni pon tah ape tah aku merapu. Tp itu adalah ape yang aku rasa k. Aku pon xtau la nape emo sangat ayat2 kat atas tuh.. May be skang aku tengah PMS kot.. lagipon, cite2 lame semua tu. dah berkurun pon aku simpan, dah xde rase pape dah pon skang. tetibe je teringat. Alang2 hilang ngantok.hehe

Anyway, life aku, life aku, life korang, korang sendiri la rase. we're not the same. Just take note, aku pon may be tergolong dalam golongan di atas. aku ni mungkin secretive sangat lagi pun. Mumgkin kerana aku susah nak percayakan sesiapa, tapi bile dah percaya tu 'operate lah dada, x-ray lah hati' lebey kurang camtu aa suam2 kuku. Aku pon bukan jenis letak harapan kat sesape, ape yang ada, itulah buat aku. Aku ni pun hamba Allah jugak.


what goes around comes around.



Thursday, June 11, 2009

Kiriman 5



Aku merindukanmu

layak bintang rindukan malam

Dalam hati yang terdiam

Entah kenapa jiwaku sontak keluar..!

Mungkin memang cinta yang aku puja

Tapi sungguh

kamu yang membuat ia pantas dipuja...


Kiriman 4



Malam ini bintang tetap pada langit yang sama

Juga angin malam dan bulan yang setia temaninya,

Hingga mungkin suatu saat

Semua telah berpindah dan tiada

Namun hatiku akan tetap pada satu cinta

Dan berharap

Tetap bersamamu melintasi semesta


Kiriman 3



Langit malam

Sedang aku pandangi,,

Masih sendiri,,

Juga jendela

yang aku ratapi ikut bernyanyi...

Dan alunan angin musim semi,,

Seperti rindu yang selalu teman sepi,,

Saat aku jauh darimu kekasih...


Kiriman 2



Menatap langit

Memeluk gelap malam

Hati bernyanyi

bersama tarian asa

Duhai bintang

Teduhkanlah aku

Ubatilah rinduku

Temani setiap sepiku


Lalu sampaikan salam hangatku


Pada seorang Dewi


Pemilik separuh jiwaku...




Kiriman 1



Kepada malaikat subuh

berdiri lugu

Juga seluruh penghuni langit ketujuh

Titipkan salamku bersama mentari

Sampaikan sayangku


bersama embun suci


Hadiahkan padanya cerah pagi


Hantarkan semua kepadanya


Wanita pemilik hati ini
.



Sunday, June 7, 2009

PeriBAHASA baru

1. Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknernyer: Dua orang yg pantang bertemu.... asek nak beromen aje.


2. Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap.
Maknernyer: Orang kalau dah perokok tu... kalau dia berenti.... akhirnya dia gerenti start balik punyer.


3. Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik.
Maknernyee : Jangan budget bagus.... pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus. jadi kena ler betul-betul bagus.


4. Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknernyee: Kalau surat beranak dah letak nama orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak......be proud of what you are.


5. Seperti mencurah air ke jamban tersumbat
Maknernyer: Kalau dah beribu kali flush itu bender tak clear jugak.....pergi panggil plumber lah.....or....kacau sampai hancur and try flushing again, another way is to kutip satu-satu dan buang tempat lain. (Eeee..... GELI)


6. Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknernyer: Ada orang kentotlah tu...


7. Seperti kacang luperkan nama.
Maknernyer: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler mempopularkan dia.


8. Ader udang di sebalik udang lain
Maknernyer: Jgn sangka yg dok berdua kat tempat sunyi tu 2 tu jer....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....tengah ke...baring ke.


9. Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknernyer: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak?


10. Sudah jatuh ditimpa piano
Maknernyer: Nasib malang yg tak agak-agak.


11. Hidung tak mancung, gigi yang Jongang
Maknernyer: ...maknernyer, ......maknernyer, jgn nak
tersengeh-sengeh kat depan PC... pi buat kerje hang skarang!!!

Tuesday, June 2, 2009

The so-called Mean GirlS~





Actually sebenarnye dah lame sebenarnye nak letak post ni. Tapi maklum la, aku sebagai berkarier seorang pelajar, tak menyempat nak buat semua ni. kadang2 sempat je, just terlupe..hehe apakan daye..

Well, ni kitorang mase di UKM dulu. Mungkin kerana terkenangkan zaman kegemilangan kami waktu itu yang berstatus mean girls (excuse me..kami tak mean sangat ok, hanya suka2. org dtg silakan, orang nak chow, boh liow. haha), kami sering membuat perkara2 yang agak tidak mengikut peraturan dan melaram macam hape je tak ingat dunia. But it was fun with juz da trio.

and by the way, kami bukan bertiga je, masih tersisa lagi beberapa orang seperti yang di dalam gambar berikut..




At the first two weeks, kami bertiga selalu agak lambat la ke kelas malam hafalan bahasa arab. Well what can we say, WE'RE NOT PERFECT.. hehe seperti biasa kelas mula jam 8 malam, kami sampai jam 8.30 or jam 9 malam. (very punctual aite?? yeah, I know) Habis je kelas malam, Masing2 bawa kereta, pe lagi chiow amigos, let's party bebeh!!
Yeah, we went out, makan2 kat luar. bersuka ria, lepak mamak(or maplei dalam bahasa amiyah kami ye tuan-tuan dan puan-puan). tu je la kerja harian kami.
Dah la selalu datang kelas hafalan lambat, boleh la pulak kan terkantoi..

haih!

ceritanya begini, ada la satu malam tu aku ter-missplace aku punya ID peserta. Syarat2 dia, u have to bring the ID wherever and whenever ur out of ur room. (DUh UH! kami tak de la nakal sangat sampai ID begitu pun Tak nak ikot.) aku pun dah tak tau nak buat ape sangat, aku pun membuat keputusan untuk menghantar mesej pesanan ringkas kepada salah seorang fasilitator yang bertugas seperti yang tertera di belakang ID peserta teman aku. Dia pun cakap, "baik, nanti saya jumpa awak di kelas hafalan." kemudian, (jeng jeng jeng!!!) boleh pulak aku datang lambat dalam jam 9 macam tu(kan dah jadi habit..terok btol). hah! dengan muka seposen nye aku menebalkan muka sambil tersenyum-senyum (bajed cam menggunakan kuasa wanita la kan..) jumpa abang fasilitator tersebut. Dia pun menghulurkan ID peserta yang baru kepada aku sambil memesan " Jangan hilangkan lagi tau.." aku mengiyakan je la. Di situ lah terkantoi datang lambat, sebab selepas daripada kejadian itu, keluar ura-ura mengatakan harus datang punctual dan kedatangan akan diambil. (adoii!!!)

Kat UKM pulak, waktu kelas siang, kelas aku tak same dengan room-mate aku yang lagi dua orang ni. maka, oleh sebab itu, aku keseorangan ke kelas.haih!! tapi nasib baik jugakla, BULL and Shahrel sekelas dengan aku. ade jugak la teman aku jalan balik, makan and bla bla bla... yang tak tahan nye, Bull selalu mendiamkan diri walaupun aku sering bertegur sapa ala ala ramah mesra la konon. (hati kering tol mamat nih..) sampai la suatu ketika, Bull dah mula berinteraksi dengan aku seperti sekarang.

well I guest that's it for now, tak larat nak type. By the way, aku turut merindui kehidupan di UKM itu sebab we alway stick together no matter what. I started to miss each one of them..